Home Luar Negara KILANG BATERI TERBAKAR DI KOREA SELATAN, SEORANG MAUT, 21 TERPERANGKAP

KILANG BATERI TERBAKAR DI KOREA SELATAN, SEORANG MAUT, 21 TERPERANGKAP

145
0

SEOUL: Kebakaran di kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul pada Isnin mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja maut dan tiga lagi cedera, menurut pihak bomba yang dipetik oleh Yonhap.

Kebakaran bermula di kilang pengeluar bateri litium Aricell di Hwaseong, 45 kilometer km) di selatan Seoul, sekitar 10.30 pagi waktu tempatan. Usaha memadam kebakaran masih diteruskan pada awal petang.

Pekerja yang meninggal dunia dibawa ke hospital selepas mengalami serangan jantung manakala seorang lagi cedera parah dan dua mengalami kecederaan ringan, menurut pihak bomba. Sekurang-kurangnya 21 mangsa lagi dipercayai masih terperangkap di dalam kilang.

Kebakaran dilaporkan bermula di bangunan tiga tingkat berstruktur konkrit bertetulang yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 2,300 meter persegi.

Pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran sepenuhnya kerana bateri litium yang terbakar sukar dikendalikan dengan kaedah pemadam kebakaran konvensional.

Seorang saksi yang melarikan diri dari tingkat dua kilang itu memberitahu Balai Bomba Hwaseong bahawa berlaku pembakaran bersama letupan pada satu sel bateri semasa kebakaran.

Balai bomba menyatakan bahawa api merebak dengan cepat kerana sel bateri di dalamnya meletup secara berterusan, menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di dalam kilang.

Sekurang-kurangnya 35,000 bateri dipercayai berada di dalam kilang itu.

Ia menyatakan bahawa kira-kira 67 pekerja bertugas pada Isnin dan kini, 21 orang masih tidak dapat dikesan dan dihubungi, dengan kebimbangan akan lebih banyak korban jiwa. – BERNAMA-YONHAP, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here