Home Sukan DE JONG, BARCA BERTANGGUNGJAWAB – KOEMAN

DE JONG, BARCA BERTANGGUNGJAWAB – KOEMAN

142
0

WOLFSBURG, Jerman: Pengendali Belanda, Ronald Koeman berkata, Frenkie de Jong dan kelabnya, Barcelona bertanggungjawab di atas kecederaan buku lali pemain tengah itu yang menghalangnya daripada beraksi di Euro 2024.

Menjelang aksi pertama menentang Poland di Hamburg, Koeman mahu menamatkan spekulasi berkenaan kehilangan perancang utama pasukannya itu.

“Tidak guna bercakap tentang topik yang bukan lagi terkini. Kami tidak bercakap mengenainya sejak tiba di sini,” kata Koeman berkenaan kecederaan De Jong.

Berita kecederaan De Jong sudah diketahui Koeman dan pasukannya sebelum kemenangan 4-0 ke atas Iceland di Rotterdam pada aksi pemanas badan terakhir Belanda.

Koeman menyalahkan Barcelona di atas kecederaan berulang itu kerana kerap menggunakan De Jong walaupun pemain berkenaan bergelut dengan kecederaan buku lalinya sepanjang musim.

“Sudah tentu ia juga bergantung kepada pemain itu sendiri. Saya ada bercakap dengan Frenkie mengenai perkara ini, tetapi ia antara saya dan pemain berkenaan. Saya tahu sesuatu, tetapi biarlah ia berlalu,” katanya.

Seorang lagi pemain tengah Belanda, Teun Koopmeiners juga tidak dapat beraksi kerana kecederaan pangkal paha.

Koeman hanya memanggil seorang pengganti – pemain Borussia Dortmund, Ian Maatsen yang akan beraksi buat julung kalinya untuk skuad kebangsaan.

Belanda akan memulakan kempen Euro menentangn Poland di Hamburg, Ahad ini. Saingan Kumpulan D turut menampilkan Austria dan Perancis. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here