Home Buletin Semasa VAN BERGERAK UNTUK PENJAGAAN KUCING BAKAL OPERASI JUN INI

VAN BERGERAK UNTUK PENJAGAAN KUCING BAKAL OPERASI JUN INI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Kelantan menubuhkan Sebuah khidmat pengurusan penjagaan kucing secara bergerak yang dikenali sebagai “VetCare Mobile” bagi memudahkan kerja pemilik kucing untuk menjaga kucing.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Ridzuan Sulaiman berkata perkhidmatan ini dijangka bakal beroperasi pada awal Jun depan.

“Van untuk penjagaan kucing ini adalah untuk kebajikan haiwan kesayangan dan akan bergerak ke program tertentu di beberapa daerah sebelum ianya bergerak dari rumah ke rumah sekiranya ada permintaan pelanggan dengan harga yang berpatutan.

“VetCare Mobile ini memudahkan kerja pemilik kucing kerana pihak kami menyediakan perkhidmatan perapian kucing tetapi untuk kerja pembedahan dan pemandulan ia perlu dihantar ke klinik veterinar di seluruh negeri khusunya jajahan Kota Bharu dan Bachok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Sambutan Hari Veterinar Peringkat Kelantan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, di sini, pada Khamis.

Mohd Ridzuan berkata, peminat haiwan yang memelihara kucing, mereka bukan sekadar boleh menjadikannya hobi, tetapi boleh memberi perapian dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri AgroMakanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata JPV membuat jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam mengambil cakna akan kucing liar bagi mengelak pembiakan kucing berpenyakit yang tidak terkawal.

“Pembiakan kucing liar akan dikawal supaya penyebaran penyakit dapat dibendung sekaligus menjadikan penternakan kucing yang lestari di Kelantan,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here