Home Buletin Semasa SAMPLE KES KERACUNAN MAKANAN DISIASAT AKAN KELUAR DALAM TEMPOH TERDEKAT – JKNK

SAMPLE KES KERACUNAN MAKANAN DISIASAT AKAN KELUAR DALAM TEMPOH TERDEKAT – JKNK

151
0

Oleh: Nur Athirah Azman@Imedikel Tv

KOTA BHARU: Keputusan sample menu makanan yang dipercayai membabitkan 75 pelajar keracunan makanan di sebuah sekolah di sini pada 20 Mac akan diterima dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK), Dr Zaini Hussin berkata selepas empat hari kes itu berlaku, 58 pelajar turut mengalaminya yang menjadikan kesemuanya seramai 133 orang.

“Kita dah ambil sample dan masih lagi tidak terima keputusan lagi tapi kita jangkakan bahawa dari segi siasatan secara epimologi ia berpunca daripada ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Pantun Kesihatan Anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur bersama Imedikel di sini, hari ini.

Katanya, hal ini kemungkinan terjadi disebabkan oleh cara pengendalian bahan mentah atau ayam dimasak terlalu awal untuk disajikan kepada pelajar.

Jelasnya juga, pihak JKNK sudah mengenakan kompaun dan memberi nasihat terhadap pengusaha kantin sekolah itu.

“Kita telah mengeluarkan kompaun pada pengusaha kantin.

“Kalau kita keluarkan kes kompaun, mereka tidak dibenarkan beroperasi sehingga tempoh masa tertentu,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here