KOTA BHARU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi layanan yang sama kepada negeri Kelantan seperti negeri-negeri lain di Malaysia.
Justeru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kelantan, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, Perdana Menteri juga memberi maklum balas yang sangat baik kepada perbincangan berkaitan pembangunan di negeri ini dalam pertemuan tertutup hari ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi maklum balas yang positif terhadap perkara yang dibicangkan dan melayan negeri Kelantan sama seperti negeri lain.
“Hari ini juga diadakan pertemuan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai kanani. Dalam taklimat itu saya telah menyebut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat,”katanya.
Dalam Majlis Sambutan Raya Madani 2024 lebih 20,000 hadir.