Home Buletin Semasa CIUM HAJAR ASWAD BUKAN UNTUK TONTONAN RAMAI

CIUM HAJAR ASWAD BUKAN UNTUK TONTONAN RAMAI

305
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kecoh apabila sebuah rakaman video mengundang kemarahan dan ketidakpuasan hati pengguna media sosial apabila seorang pempengaruh terkenal memuat naik video bergelut mencium Hajar Aswad.

Menerusi rakaman itu, pempengaruh tersebut berusaha untuk mendekati Hajar Aswad demi merialisasikan impian pekerjanya yang ingin mencium Hajar Aswad sehingga kain ihramnya terbuka dan menampakkan sebahagian badannya.

Namun begitu, video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata orang ramai mempersoalkan kewajaran pempengaruh itu berbuat demikian.

Team IMedikel TV mendapatkan komen daripada orang awam berhubung tersebut.

Seorang pekerja swasta, Ain Syuhada Abdul Wahid, 25, berkata perbuatan mencium Hajar Aswad tidak patut dilakukan sekiranya boleh memudaratkan diri dan orang sekeliling.

Ain Syuhada Abdul Wahid, 25, berpendapat tidak wajar rakaman video dibuat di tanah suci semata-mata untuk “content”.

“Seperti yang kita ketahui, mencium Hajar Aswad adalah sunat dan sekiranya keadaan ketika itu tidak mengizinkan tidak perlu lah kita memaksa diri kerana cukup sekadar istilamnya dari jauh sahaja.

“Pada masa yang sama, jangan menunjukkan bahawa membuat ibadah itu susah kerana ianya sebenarnya mudah, kerana kemungkinan orang bukan Islam yang melihat rakaman video itu, mereka akan membuat spekulasi tidak baik serta menganggap ibadah dalam Islam sukar,”katanya.

Menurut Sarimah Izani, 25, sudah menjadi suatu trend pergi ke tanah suci dengan tujuan untuk meraih tontonan ramai sedangkan ia seharusnya adalah ibadah semata-mata.

Sarimah Izani, 25, berpendapat zaman sekarang menjadi suatu trend pergi ke tanah suci dengan tujuan untuk meraih tontonan ramai.
“Tidak perlu membuat sesuatu yang merugikan dengan merakam video bergelut mencium Hajar Aswad, bersentuhan lelaki dan perempuan kerana ia dilihat seperti suatu keseksaan bagi mereka.

“Kita sepatutnya menjadikan umrah sebagai ibadah dengan memohon keampunan daripadanya bukan sekadar aktiviti pelancongan dan untuk tontonan ramai,” ujarnya.

Oleh sebab itu, Sarimah turut menasihatkan orang ramai yang bakal terpilih untuk menjejakkan kaki ke tanah suci agar perbetulkan niat dan berlapang dada.

“Sekiranya boleh dilakukan lebih baik fokus membuat ibadah, tinggalkan sekejap dunia “content” yang hanya sementara di media sosial ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here