Home Buletin Semasa POLITEKNIK UNGKU OMAR TANAM 100 BATANG POKOK SEMPENA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA...

POLITEKNIK UNGKU OMAR TANAM 100 BATANG POKOK SEMPENA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK

179
0

KOTA BHARU: Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah RMK ke-12, Politeknik Ungku Omar (PUO) mengambil inisiatif untuk mempraktikkan amalan lestari dengan menanam 100 batang pokok jenis Merawan Siput Jantan di sekitar kampus POU, Ipoh, hari ini.

Program Khidmat Masyarakat (CSR) Penghijauan Kampus dihasilkan dengan kerjasama lebih 500 warga daripada para pelajar dan warga kerja POU.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, program tersebut bukan sekadar menanam pokok, tetapi ia sekaligus bertujuan menyemai sifat tanggungjawab kolektif orang ramai terhadap bumi dan kelestarian alam sekitar.

Inisiatif CSR itu juga sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik 2023 hingga 2030 dalam memanifestasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Hadir sama, Pengarah POU, Dr Shamsuri Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Azmi Mohd Zain.

Program penanaman itu adalah anjuran Unit Industri, Korporat Dan Kebolehpasaran (CISEC), Smart Green PUO dan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak. – KPT –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here