Home Buletin Semasa KPWKM SEDIAKAN PSSS PERTAMA DI MALAYSIA

KPWKM SEDIAKAN PSSS PERTAMA DI MALAYSIA

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

RANTAU PANJANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang pertama di Malaysia bagi perkhidmatan psikososial holistik bagi membantu masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, PSSS menjadi tempat sesi bimbingan dan kaunseling serta transit sementara berbentuk ‘immediate relief’ kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

“Pusat transit ini menangani isu psikososial yang semakin menular dalam masyarakat melibatkan isu yang sering terjadi dalam masyarakat termasuk keganasan rumah tangga, pasca penceraian, pengabaian, penderaan, gangguan.

“Perkhidmatan bantuan psikososial yang holistik ini disertakan dengan sesi bimbingan dan kaunseling, sokongan emosi, mengurangkan tekanan melampau transit sementara dan menjadi pusat penerimaan aduan serta intervensi awal sebelum dirujuk kepada jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan PSSS di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Nancy berkata pemilihan bangunan di Rantau Panjang adalah sebahagian daripada bekas kuarters kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserah milik kepada KPWKM pada 26 September 2021 dan kerja pengubahsuaian mengikut spesifikasi keperluan PSSS dilakukan.

“Inisiatif ini telah mula dijalankan sejak 2021 dengan menawarkan perkhidmatan secara bergerak (PSSS Mobile) terus ke kawasan tumpuan ramai, berhampiran dengan kediaman dan penempatan pedalaman bagi memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan.

“Sehingga kini seramai 44,783 orang telah mendapatkan khidmat bantuan psikososial di seluruh negara dan penubuhannya berlaku rentetan maklum balas daripada klien serta jabatan agensi berkaitan melalui kes-kes program outreach perkhidmatan PSSS Mobile,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here