Home Luar Negara KEMUNGKINAN KETUA TENTERA UKRAINE DIPECAT MERISAUKAN ASKAR

KEMUNGKINAN KETUA TENTERA UKRAINE DIPECAT MERISAUKAN ASKAR

161
0

DONETSK: Khabar angin bertebaran mendakwa Presiden, Volodymyr Zelensky akan memecat ketua tentera Ukraine, Valery Zaluzhny, tidak lama lagi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan askar.

Berita itu timbul susulan Zaluzhny dan Zelensky dilaporkan bertelagah mengenai cara meningkatkan bilangan tentera yang sedang bergelut untuk mengisi barisan hadapan menentang Russia.Ads by

Zaluzhny disifatkan oleh kebanyakan tentera sebagai tokoh yang begitu dihormati dan umpama seorang ‘bapa’ yang mengetuai angkatan tentera Ukraine sejak sebelum pencerobohan Russia pada Februari 2022.

Perbezaan pendapat itu sudah menjadi perhatian tahun lalu, apabila dalam temu bual dengan The Economist, Zaluzhny berkata perang menemui jalan buntu, tetapi kenyataan itu ditolak oleh Zelensky secara terbuka.

Di tengah-tengah spekulasi hangat di media, Zelensky minggu ini berkata beliau bersedia melakukan rombakan besar-besaran untuk kepimpinan negara.

Ia termasuk dalam angkatan bersenjata, dengan barisan hadapan yang jumud, selepas serangan balas besar-besaran tahun lalu gagal menjejaskan barisan pertahanan Russia.

Seorang pegawai perubatan tentera dengan nama panggilan ‘Beria’ berkata, menggantikan komander semasa pertempuran, terutama apabila keadaan begitu sengit, adalah tidak wajar.

“Saya akan menggantikan presiden terlebih dulu berbanding ketua tentera,” katanya yang ditempatkan di wilayah Donetsk.

Seorang lagi askar, ‘Kit’, berkata khabar angin mengenai pemecatan Zaluzhny membuatkannya jengkel kerana Zelensky tidak pernah secara terbuka menyatakan apa rungutannya terhadap prestasi Zaluzhny setakat ini.

Kedua-dua pemimpin itu memainkan peranan penting apabila Russia menghantar tentera menentang Ukraine yang jauh kekurangan dari segi anggota tentera dan senjata serta dianggap dunia sebagai sasaran mudah bagi ditawan Moscow. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here