Home Buletin Semasa MISKIN TEGAR DI KELANTAN MENINGKAT

MISKIN TEGAR DI KELANTAN MENINGKAT

241
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan mencatat peningkatan golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar daripada 68,000 kepada 78,000 sehingga 31 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jasri Kasim berkata,  jumlah tersebut termasuk KIR miskin tegar yang meningkat daripada 9,000 kepada 14,000.

“Bilangan miskin dan miskin tegar meningkat. Peningkatan lebih kurang 40 peratus.

“Ini antara angka yang menjadi cabaran kepada kita untuk memastikan kita boleh menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Makan Malam Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Bersama Media, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Jasri berkata pihaknya sudah membentangkan Kertas Strategik Menoktahkan Miskin Tegar di Kelantan 2024 pada Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri Kelantan.

“Ada empat strategik dan strategik ini akan membabitkan semua agensi yang memberi bantuan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

“Ini antara yang kita akan laksanakan, kita akan bertemu secara individu. Kita ada senarai dan dikategorikan sebagai miskin tegar dan kita akan beri perhatian apa keperluan mereka untuk mereka keluar daripada pendapatan garis kemiskinan,”katanya.

Dalam majlis itu pihak media Kelantan dirai sebagai satu penghargaan dalam menyampaikan maklumat kepada semua lapisan masyarakat.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here