Home Sukan REAL MADRID JANA PENDAPATAN TERTINGGI

REAL MADRID JANA PENDAPATAN TERTINGGI

168
0

LONDON: Real Madrid melonjak ke tangga teratas Liga Wang Bolasepak Deloitte apabila gergasi Sepanyol itu memintas juara treble, Manchester City untuk menjadi kelab dengan pendapatan tertinggi bagi musim 2022-23.

Buat pertama kali sejak kempen 2017-18, Real mendahului ranking kewangan Deloitte dengan pendapatan 831 juta euro (RM4.28 bilion) – peningkatan sebanyak 118 juta euro (RM607.04 juta) berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun gagal memenangi La Liga musim lalu – ketinggalan 10 mata di belakang juara, Barcelona – dan tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kepada Manchester City, Real mencatat pulangan lumayan hasil jualan tiket, barangan pasukan dan penajaan.

Manchester City, yang memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA musim lalu, di tangga kedua dalam ranking tahun ini.

Juara Perancis, Paris Saint-Germain melonjak ke kelompok tiga teratas buat pertama kali, manakala Barcelona di tangga keempat.

Liverpool mengalami kemerosotan paling besar dalam kelompok 20 teratas, tercicir dari tangga ketiga ke tangga ketujuh.

Manchester United jatuh satu anak tangga dari tangga kelima ke tangga keenam.

Tottenham dan Chelsea bertukar tempat, dengan Tottenham naik satu anak tangga ke tangga kelapan, manakala Arsenal kekal di tangga ke-10. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here