Home Sukan MESIR MARA, SALAH PULANG KE ANFIELD

MESIR MARA, SALAH PULANG KE ANFIELD

ABIDJAN: Pengendali Mesir, Rui Vitoria mengesahkan kecederaan hamstring Mohamed Salah di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Penyerang Mesir itu akan kembali ke Anfield untuk menjalani proses pemulihan bersama kelabnya, Liverpool.

Persatuan Bolasepak Mesir mengumumkan, Salah akan kembali ke England selepas cedera ketika seri 2-2 menentang Ghana di Ivory Coast pada Khamis.

Pada awalnya, dia dijangka akan kembali beraksi selepas dua perlawanan, bermain di separuh akhir AFCON sekiranya Mesir mara ke peringkat itu.

Mesir kini mara ke pusingan 16 terakhir selepas terikat 2-2 dengan Cape Verde dan Vitoria berkata: “Saya ingin menjelaskan beberapa perkara.

“Mohamed Salah mengalami kecederaan, sebelum perlawanan kami diberitahu yang ia adalah kecederaan jangka panjang, jadi mengambil masa lebih lama untuk pulih.

“Sebelum perlawanan kami tidak mahu mengatakan apa-apa. Sementara itu, pasukan perubatan kami melakukan tugas dengan baik.”

Salah dijangka mengambil masa sehingga dua minggu untuk pulih, dan bagi Vitoria, kembali bersama Liverpool adalah jalan terbaik buat Salah kerana Mesir juga akan meninggalkan Abidjan kerana perlawanan seterusnya akan berlangsung di San-Pedro. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here