Oleh: Nur Athirah Azman@I Medikel TV
PASIR MAS: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi kerja membaikpulih kerosakan benteng di tiga tempat berbeza di bawah Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembinaan itu perlu segera dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berhampiran dan setiap satu alur limpah melibatkan nilai RM2 juta.

“Pembinaan terowong air juga akan dibuat di lokasi lain menggunakan baki jumlah yang diluluskan tersebut,” katanya kepada pemberita di sidang media selepas melawat mangsa banjir di PusatPpemindahan Sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini, baru-baru ini.
Sebelum ini, media melaporkan penduduk Rantau Panjang terpaksa berdepan dengan banjir yang lama sejak benteng PLSB Sungai Golok pecah.
“Peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta juga diluluskan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek itu yang dijangka bermula awal tahun ini,” katanya.
I Medikel TV






