Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV
RANTAU PANJANG: Seorang murid perempuan tahun lima ditemukan lemas ketika bermain banjir, manakala seorang lagi masih hilang di Kampung Petai Dusun di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam lebih kurang jam 6.39 petang semalam (Ahad).
“Kedua-dua mangsa yang bermain banjir telah tergelincir sebelum dibawa arus.
“Mangsa, Siti Aisyah Mazi, 11, telah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba.
Katanya orang ramai dinasihatkan untuk cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan.

I Medikel TV






