WOLVERHAMPTON, England: Wolves mencetus kekalahan keempat Chelsea dalam enam perlawanan liga malam tadi, menang 2-1 pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang malam Krismas sejak tahun 1995.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Anak buah Mauricio Pochettino menguasai pegangan bola di Molineux tetapi mensia-siakan banyak peluang dalam perlawanan penuh insiden dicemari dengan kesilapan benteng pertahanan pasukan pelawat.
Tidak hairan Pochettino mengeluh kegagalan pasukannya menyudahkan peluang pada petang yang mengecewakan sekali lagi.
“Kami berasa amat kecewa kerana saya fikir kami berhak mendapat lebih lagi,” kata pengendali dari Argentina itu kepada Sky Sports. “Pertandingan ini melukakan anda apabila penyudah anda tidak cukup tajam.
“Kami mencipta banyak peluang. Itulah sebabnya ia amat mengecewakan. Kami melepaskan gol selepas beberapa sepakan sudut dan ia benar-benar sukar.”

Beliau menambah: “Kami bercakap mengenai pada permulaan musim. Kami masih muda dari segi usia. Ia satu pasukan yang muda. Kami mempunyai pemain yang beraksi dalam liga buat kali pertama. Mereka perlu menyesuaikan diri. Ia mengenai keyakinan dan kualiti.”
Wolves kelihatan boleh mencatat kemenangan selesa susulan gol Mario Lemina dan Matt Doherty tetapi mereka cemas apabila Christopher Nkunku membalas satu gol pada masa kecederaan bagi penampilan sulungnya dalam EPL.
Kekalahan itu bermakna Chelsea kekal di tangga ke-10 EPL, dengan Wolves di belakang mereka hanya menerusi perbezaan jaringan.
Tiada pasukan yang kalah lebih banyak perlawanan EPL pada 2023 berbanding jumlah keseluruhan Chelsea 19, manakala hanya tiga pasukan kalah lebih banyak dalam lima liga utama Eropah bagi kalendar sepanjang tahun. – AFP-BH ONLINE-
Imedikel TV






