Home Luar Negara KOREA UTARA BERI AMARAN LANCAR SERANGAN NUKLEAR

KOREA UTARA BERI AMARAN LANCAR SERANGAN NUKLEAR

227
0

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata Pyongyang tidak akan teragak-agak melancarkan serangan nuklear jika musuh memprovokasinya dengan menggunakan senjata sama, lapor media kerajaan hari ini.

Kim membuat kenyataan itu ketika bertemu dengan tentera di bawah biro peluru berpandu tentera berhubung latihan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), lapor media kerajaan, KCNA.

“Beliau (Kim) berkata, aktiviti ketenteraan tenteranya kali ini adalah petunjuk jelas mengenai mod serangan balas dan evolusi strategi serta doktrin nuklear Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK),” kata laporan berkenaan.

Kelmarin, Korea Utara berkata ia sudah menguji ICBM terbaharunya pada Isnin lalu untuk mengukur kesediaan perang pasukan nuklearnya terhadap permusuhan AS yang semakin meningkat.

Ia bagaimanapun mendapat kecaman daripada AS dan sekutunya.

Lapor KCNA, Kim berkata pelancaran nuklear pada Isnin itu menunjukkan mobiliti tinggi tentera dan keupayaan serangan pantas, selain menggesa usaha mengukuhkan lagi kecekapan tempurnya.

Dalam satu kenyataan berasingan, adik perempuan Kim, Kim Yo Jong mengecam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana mengadakan mesyuarat berhubung pelancaran ICBM mereka dengan mendakwa ia adalah hak negara untuk mempertahankan diri.

“UNSC harus meletakkan tanggungjawab berat ke atas tingkah laku dan tindakan tidak bertanggungjawab AS dan Korea Selatan yang memburukkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea melalui pelbagai provokasi ketenteraan sepanjang tahun,” katanya. – AFP, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here