Home Luar Negara ISRAEL BUKA SEMULA LINTASAN BANTUAN GAZA

ISRAEL BUKA SEMULA LINTASAN BANTUAN GAZA

143
0

Bailtulmaqdis: Israel semalam membuka sempadan bagi membolehkan bantuan masuk ke Gaza di tengah-tengah desakan Amerika Syarikat.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan meluluskan ‘langkah sementara’ membenarkan bantuan dihantar terus ke Gaza melalui lintasan sempadan Kerem Shalom.

“Ia selepas mendapat tekanan supaya menyelamatkan orang awam,” katanya.

Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan, yang mengakhiri lawatan ke Israel dan Tebing Barat, menyifatkan keputusan itu sebagai langkah penting.

“Presiden (Joe) Biden membangkitkan isu ini dalam panggilan telefon baru-baru ini dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Ia juga topik perbincangan penting semasa lawatan saya ke Israel sejak dua hari lalu,” katanya.

Katanya, AS berharap pembukaan baharu ini akan mengurangkan kesesakan dan membantu memudahkan penyampaian bantuan bagi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza.

Seorang wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, pengumuman itu berita yang sangat baik.

Pengagihan bantuan sebahagian besarnya terhenti di kebanyakan Gaza, kecuali secara terhad di kawasan Rafah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel menghadapi tekanan berminggu-minggu daripada agensi bantuan dan sekutu Barat untuk membuka semula Kerem Shalom ketika sempadan Rafah-Mesir bergelut untuk menangani skala keperluan di Gaza.

PBB menganggarkan, 1.9 juta daripada 2.4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal akibat konflik perang meletus sejak 7 Oktober lalu. – AFP, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here