Home Hiburan FASHA SANDHA AKUI SUDAH BERDAMAI

FASHA SANDHA AKUI SUDAH BERDAMAI

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha memaklumkan isu seorang pelakon yang kerap datang lewat ke set penggambaran seperti luahannya di Instagram Story (IGs), baru-baru ini selesai apabila mereka sudah berdamai.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata pelakon terbabit datang menemuinya dan memohon maaf serta berjanji tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.

“Sejujurnya yang pasal artis datang lambat itu sebenarnya sudah ‘settle’ (selesai). Kita dah berdamai, dan dia sudah ‘say sorry’ (minta maaf) dan tidak akan mengulangi lagi.

“Malah, saya juga ambil pendekatan untuk tidak mendedahkan siapa orangnya kerana kita sama-sama selebriti. Dia pun sudah mohon maaf dan cuma harap perkara itu memberi pengajaran. Bukan hanya kita, diri sendiri juga dan kepada orang lain untuk menghormati masa.

“Sebab selepas timbulnya isu itu, saya nampak beberapa artis juga banyak bersuara perkara ini. Saya rasa mungkin ini satu permulaan serta satu hikmah untuk mereka yang tidak menepati waktu agar lebih menghormati masa orang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Doa Yang Terlindung 2 di Galeri Prima, Balai Berita, di sini, petang semalam.

Ditanya mengenai isu artis datang lambat ke set penggambaran bukan hanya dilakukan bakat baharu, tetapi pelakon ‘senior’ juga, namun Fasha enggan memberi komen.

“No comment, tiada komen,” katanya ringkas dengan senyuman manis di bibir.

Baru-baru ini, Fasha tampil bersuara di media sosial mengenai sikap seorang pelakon yang didakwanya kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.

Ibu kepada tiga cahaya mata dan isteri pelakon, Aidil Aziz ini menegaskan kelewatan dilakukan oleh pelakon terbabit hampir setiap hari menyebabkan kru serta pelakon lain terpaksa menunggu berjam-jam.

Fasha yang mendapat jolokan ‘Ratu Drama’ membuat perkongsian itu bukan mahu memperbesarkan isu, tetapi ingin semua pihak menghormati komitmen kerja dan menghargai masa orang lain. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here