LIVERPOOL, England: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berkata pasukannya masih perlu diperkuatkan menerusi pembelian dalam pasaran perpindahan selepas kalah 2-0 di Everton lewat malam tadi, sekalipun kelab itu berbelanja £1 bilion (RM5.85 bilion) terhadap pemain baharu dalam 18 bulan terakhir.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kemenangan ketiga berturut-turut melonjakkan Everton empat mata di atas zon penyingkiran ketika The Toffees terus berusaha menangani kekurangan disebabkan pemotongan 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan.
Abdoulaye Doucoure membuka tirai jaringan pada minit ke-54 sebelum gol pertama Lewis Dobbin buat Everton pada minit ke-92 mencetus satu lagi kekalahan memeritkan buat Pochettino.
Jika tidak kerana hukuman pemotongan mata kerana melanggar peraturan kewangan, anak buah Sean Dyche akan berada empat mata di depan Chelsea di pertengahan liga.
Kekalahan ketujuh dalam 16 perlawanan liga buat Pochettino menyaksikan Chelsea merudum ke tangga ke-12 di belakang jiran tetangga barat London, Fulham.
“Kami perlu menganalisis secara realiti. Kami perlu berbincang dan cuba menguatkan pasukan dalam jendela perpindahan selepas ini,” kata Pochettino.
Ia cerita sama buat Pochettino ketika Chelsea mendominasi perlawanan tetapi gagal muncul pemenang.
Buat kali ketiga musim ini Chelsea tumpas sekalipun menguasai lebih 70 peratus pegangan bola.
“Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan kami jelas tidak langsung klinikal di depan pintu gol,” kata bekas bos Tottenham itu.
Pochettino menuntut kesabaran ketika beliau cuba mengadunkan skuad dipenuhi pemain muda berbakat dan mahal. – AFP-BH ONLINE-
Imedikel TV






