Home Buletin Semasa KPDN BENAR PEMBORONG, PERUNCIT SIMPAN LEBIH 30 PERATUS BEKALAN MAKANAN PERSEDIAAN MTL

KPDN BENAR PEMBORONG, PERUNCIT SIMPAN LEBIH 30 PERATUS BEKALAN MAKANAN PERSEDIAAN MTL

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan membenarkan golongan pemborong dan peruncit untuk menyimpan bekalan keperluan asas melebihi 30 peratus bagi persediaan musim tengkujuh yang bakal tiba.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, usaha ini adalah bagi membendung bekalan barangan makanan serta keperluan asas tidak mencukupi disebabkan oleh pembelian panik daripada orang ramai.

“Sebagaimana pada tahun 2014, kita tidak mempunyai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menyebabkan pemborong, peruncit tidak mendapat stok barangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Oleh sebab itu, pihak KPDN memberi kebenaran terhadap 39 pemborong dan 66 peruncit terpilih di daerah serta kawasan yang berisiko dengan banjir,” katanya ketika sidang media selepas Program Walkabout Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, di Pacific KB Mall, di sini, pada Khamis.

Azman bersama Pengurus Pacific Hypermarket Sdn Bhd, Chua Hock Soon meninjau harga bekalan terkawal ketika Pelancaran Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Pasar Raya Pacific KB Mall di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemborong dan peruncit boleh menyimpan had simpanan bekalan barangan makanan dalam tempoh musim tengkujuh sehingga ke Mac depan.

Tambah Azman, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, pemborong, pengimport, persatuan dan agensi Kerajaan yang berkaitan menerusi mesyuarat bersama sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

“Selain itu, sekiranya didapati pengguna membuat aduan tentang peniaga yang menyorok barangan, enggan menjual atau menjual dengan harga yang mahal, mereka akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here