Home Sukan LEAO BANTU MILAN ATASI PSG

LEAO BANTU MILAN ATASI PSG

MILAN: Stefano Pioli berkata Rafael Leao mampu menjadi pemain kelas dunia selepas pemain sayap Portugal itu lebih menyerlah berbanding Kylian Mbappe dalam kemenangan 2-1 AC Milan ke atas Paris Saint-Germain.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Leao menyamakan kedudukan untuk Milan menerusi jaringan akrobatik dan mengucar-ngacirkan benteng PSG setiap kali mendapat bola, manakala Mbappe tampak bergelut dalam aksi di San Siro.

Persembahan menarik Leao pada saingan Liga Juara-Juara Eropah itu jauh berbeza berbanding aksi-aksinya sebelum ini.

Dia meletakkan jari di mulut sebagai isyarat terhadap kritikan ke atasnya selepas prestasi hambar dirinya dan pasukan dalam kempen Serie A yang menyaksikan Milan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Inter Milan.

“Rafa perlu melihat semula persembahannya malam ini kerana ia ditentukan olehnya sendiri. Apa yang ada pada dirinya diberikan oleh orang tuanya, dan malam ini dia menunjukkan kualiti yang tinggi.

“Jika kami terus bermain dengan intensiti yang sama, kami mampu melakar lebih banyak kejayaan,” kata Pioli.

Sebelum perlawanan, Milan berada di tangga tercorot Kumpulan F tanpa sebarang gol, tetapi kini mereka mempunyai harapan untuk bersaing ke peringkat kalah mati apabila hanya ketinggalan satu mata di belakang PSG yang menghuni tangga kedua.

Olivier Giroud meledak gol kemenangan Milan menerusi tandukan di babak kedua. – AFP

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma dicerca penyokong Milan yang mengambil peluang melepaskan geram ke atas pemain yang pernah menjadi idola mereka di San Siro. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here