Home Sukan PENYOKONG PSG PARAH DITIKAM

PENYOKONG PSG PARAH DITIKAM

189
0

MILAN: Seorang penyokong Paris St Germain (PSG) parah selepas ditikam dalam pergaduhan antara penyokong bola sepak di Milan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara AC Milan dan PSG, kata polis Itali, malam tadi.

Polis berkata, mangsa ditikam dua kali di kaki dan dibawa ke Hospital Policlinico di Milan.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Media Itali melaporkan, mangsa adalah lelaki Perancis berusia 34 tahun dan cedera apabila sekumpulan 50 penyokong Milan bertempur dengan penyokong PSG selepas tengah malam, di bandar yang terkenal dengan suasana meriah pada waktu malam itu.

Dua pegawai polis turut cedera dalam pergaduhan berkenaan.

AC Milan yang melayan PSG di Stadium San Siro menyelar keganasan berkenaan dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Bagi kami, bola sepak adalah keinginan, bukannya kebencian. Sukan sepatutnya menyatukan, bukannya memisahkan,” kata kelab itu menerusi muat naik di media sosial X, yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Itali dan Perancis.

September lalu, seorang penyokong kelab Inggeris iaitu Newcastle United ditikam di Milan sebelum perlawanan UCL menentang AC Milan. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here