Home Buletin Semasa CPK ANJUR CERAMAH E-INVOIS, SVDP 18 NOV INI UNTUK USAHAWAN PELBAGAI

CPK ANJUR CERAMAH E-INVOIS, SVDP 18 NOV INI UNTUK USAHAWAN PELBAGAI

147
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Dewan Perniagaan Cina Kelantan (DPCK) menganjurkan ceramah dan taklimat khusus mengenai penginvoisan elektronik (e-invois) dan Program Pengisytiharan Sukarela Sendiri (SVDP) kepada usahawan pelbagai kaum di negeri ini.

Naib Presiden DPCK Wong Kian Meng berkata taklimat itu dijalankan bagi memberi kefahaman peniaga dan pengurusan korporat yang mungkin tidak memahami sepenuhnya dasar baharu ini.

Naib Presiden DCPK, Wong Kian Meng

Menurutnya DPCK berbesar hati menjemput Ketua Amalan Cukai Negara daripada Grant Thornton Malaysia PLT dan pengerusi The Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) ke Kelantan untuk memberikan analisis terperinci.

“Usahawan dan mereka berkaitan dialu-alukan menyertai ceramah dan taklimat secara percuma pada 18 Nov ini pada 2.30 petang hingga 5 petang di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Jalan Kebun Sultan,” katanya pada sidang media di DPCK di sini, hari ini.

Wong berkata e-invoice ialah konsep baharu dan sistem yang belum pernah dilihat oleh pasaran Malaysia kita sebelum ini, di samping itu, program pengisytiharan sukarela akan berakhir pada 31 Mei 2024, dan peniaga digalakkan untuk merebut peluang itu.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu memaklumkan kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

“Ceramah ini akan diberikan oleh tiga penceramah iaitu Datin Seah Siew Yun, Chow Chee Yen dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

“Setakat ini 200 usahawan sudah mendaftar dan menyasarkan hampir 400 usahawan akan menyertai ceramah yang berkaitan dengan pelaksanaan e-invois dan SVDP ini.

“Ceramah ini adalah usaha bagi mengelak usahawan kecil yang mendapat pulangan hasil banyak mempunyai kesedaran, ada tempoh masa yang cukup dengan berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk pembayaran cukai,” katanya.

IMEDIKEL TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here