Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
Yayasan Pelajaran Mara, Y-P-M berkerjasama dengan I Medikel Pharma Holdings, I-M-P-H-B dalam Wakaf Amanah Rakyat.
Menurut Eksekutif Kanan, Seksyen Pembangunan Wakaf Y-P-M, Mohd Zul Fadlain Abdullah berkata ia berkaitan projek kerjasama pengumpalan dana wakaf.
“Penglibatan I Medikel dalam Wakaf Amanah Rakyat sebab I Medikel adalah salah satu daripada usahawan mara yang telah berjaya dan kami juga mencadangkan dalam perbincangan tadi daripada segi peluang perniagaan wakaf ke dalam bisnes yang diceburi I Medikel pada masa akan datang. Selain itu kami juga berbincang tentang agihan yang kita boleh bekerjasama,” katanya.
Menurut Mohd Zul Fadlain, Wakaf Amanah Rakyat terbahagi kepada lima agihan daripada segi pendidikan, kebajikan, keusahawanan, pengangkutan dan kesihatan.

“Dari segi kesihatan sebab saya nampak I Medikel ni sudah terlibat dalam bidang Farmaseutikal dan ada produk baru yang tengah I Medikel usaha sekarang dalam maritim. Yang itu bagi saya adalah amat baik sebab peluang bumiputera tak banyak. Dan apabila saya nampak I Medikel berusaha ke arah itu, ia adalah cadangan bisnes yang baik yang kami akan cadangkan kepada I Medikel sama ada dalam bentuk pelaburan, kedua dalam bentuk pulangan,” katanya.
Katanya selain Skim Wakaf, aktiviti utama YPM adalah tanggungjawab sosial korporat. Ini termasuk program Skim Anak Angkat, Celik Al-Quran, Bantuan Tertiari dan lain-lain. Mohd Zul Fadlain berharap agar kerjasama dengan IMPHB akan diteruskan lagi.
“Saya amat berterima kasih kepada top management I Medikel sebab sudah bagi kami peluang dan membuka mata kepada kami.
Saya berharap I Medikel terus maju, berjaya dan yang paling penting jadi contoh kepada usahawan bumiputera melayu yang di luar sana sebabnya bidang farmaseutikal ni tak ramai orang kita yang masuk tetapi peluang dan ruang itu amat banyak,” katanya.
IMEDIKEL TV






