Home Sukan POSTECOGLOU BERANG VAR GANGGU PERMAINAN

POSTECOGLOU BERANG VAR GANGGU PERMAINAN

271
0

LONDON: Ange Postecoglou mengakui dia tidak menyukai Pengadil Bantuan Video (VAR) selepas sistem ulang tayang itu mempengaruhi kekalahan 4-1 skuadnya kepada Chelsea.

Tottenham menyaksikan Cristian Romero dan Destiny Udogie dibuang padang serta dua gol mereka dibatalkan VAR dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kad merah Romero kerana mengasari Enzo Fernandez, dan Udogie, yang menerima kad kuning kedua kerana kekasaran ke atas Raheem Sterling, dilihat tepat selepas ulang tayang, begitu juga jaringan Son Heung-min dan Eric Dier yang dibatalkan.

Nicolas Jackson meledak tiga kali untuk memastikan kemenangan Chelsea dalam aksi tetangga London itu selepas jaringan penalti Cole Palmer mengimbangi gol pembukaan Dejan Kulusevski untuk Tottenham.

Pemain Chelsea, Nicolas Jackson (tengah) meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham di Stadium Tottenham Hotspur, London. – Foto REUTERS

Namun Chelsea juga menerima nasib sama apabila tiga gol mereka dibatalkan oleh VAR, dan Postecoglou berang kerana tempoh lama yang diambil untuk membuat keputusan.

“Saya rasa seperti berdiri menanti sesuatu akan berlaku dengan campur tangan VAR. Terdapat kajian forensik untuk setiap keputusan di luar sana, saya rasa itu arah perlawanan sekarang dan saya tidak menyukainya.

“Jika anda lihat apa yang berlaku hari ini, mungkin ada yang menyukainya tetapi saya lebih rela melihat kami bermain bola sepak,” kata Postecoglou.
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou dilayangkan kad kuning oleh pengadil ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stadium Tottenham Hotspur, London. – Foto REUTERS

Kekalahan pertama Tottenham dalam aksi liga sejak Postecoglou mengambil alih pasukan menafikan peluang mereka untuk kembali mendahului Liga Perdana Inggeris. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here