Home Buletin Semasa KPDN PANTAU HARGA BARANG SELURUH NEGARA

KPDN PANTAU HARGA BARANG SELURUH NEGARA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memantau dan memeriksa harga barang di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dalam suatu kenyataan berkata, tujuan pemeriksaan dan pemantauan dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam.

Ia susulan penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula 1 november seperti yang telah diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 30 Oktober lalu.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan kpdn pada 2 November, harga purata ayam bersih standard di peringkat nasional adalah RM8.51/kg manakala harga purata di Semenanjung Malaysia adalah RM8.46/kg.

Sementara itu, harga purata bagi ayam bersih standard di Sabah adalah RM11.61/kg, Sarawak adalah rm10.14/kg dan Wilayah Persekutuan Labuan pula adalah RM12.50/kg.

Katanya KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 pegawai pemantau harga kpdn setiap hari melibatkan hampir 1,500 premis meliputi pasar basah, hypermarket dan supermarket, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia

Menurutnya KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah akta kawalan harga dan antipencatutan 2011 [Akta 723] bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

KPDN juga ingin memberikan amaran keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa dengan mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh pihak kementerian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here