Home Segmen Kesihatan KENAL PASTI RABUN DARI AWAL

KENAL PASTI RABUN DARI AWAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

MACHANG, KELANTAN: Sakit kepala, mata berair, penglihatan kabur, mata kerap kering. Itu adalah tanda-tanda awal kerabunan.

Setiap hari, mata kerap terdedah kepada sinaran biru ungu yang berbahaya terutama yang dipancarkan daripada skrin digital termasuk komputer, telefon bimbit serta alat peranti elektronik lain. 

Penggunaan alatan tersebut juga adalah salah satu faktor penyumbang kerabunan.

Menurut Dr. Zamri, terdapat beberapa faktor lain antaranya disebabkan kornea, keadaan manik atau kanta dan juga keadaan bola mata seseorang.

Dr. Zamri berkata terdapat beberapa jenis rabun, iaitu rabun dekat, jauh dan silau. Tambahnya terdapat juga rabun Presbiopia di mana ianya disebabkan oleh manik seseorang atau individu yang melebihi umur 40 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr. Zamri rabun juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta. Katanya, jika seseorang itu rabun, penglihatan seseorang tidak 100 peratus terang.

Katanya rabun boleh berlaku kepada kanak-kanak dan ia dipanggil lazy eyes ataupun mata malas.

Sementara itu, Dr. Sarah Murniati Che Mat Nor, berkata mata boleh dirawat melalui pemakaian kanta lekap, cermin mata atau pembedahan lasik. Menurut Dr. Sarah, bagi mereka yang memakai kanta lekap perlu memastikan ia dalam keadaan bersih supaya tiada jangkitan kuman.

Dr. Sarah berkata tahap kesedaran orang ramai berkenaan penjagaan mata bergantung kepada latar belakang pesakit itu sendiri, suasana mereka dibesarkan dan pendedahan tentang penjagaan mata daripada kecil.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here