Home Buletin Semasa 78,883 CALON BERJAYA DAPAT TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM MELALUI UPUONLINE

78,883 CALON BERJAYA DAPAT TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM MELALUI UPUONLINE

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Seramai 78,883 calon lepasan matrikulasi, STPM, asasi, STAM, diploma dan setaraf berjaya memperoleh tempat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) menerusi UPUOnline tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan, jumlah itu mewakili 71.80 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pengambilan pelajar dilaksanakan berasaskan prinsip meritokrasi, iaitu menyusun semua calon mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

“Bagi calon yang tidak berjaya, KPT menyediakan saluran rayuan melalui UPUOnline yang dibuka selama 10 hari bermula 5 September 2025, jam 12 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5 petang,”menurut kenyataan itu.

Pihak kementerian turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan berharap peluang melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dapat dimanfaatkan sebaiknya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here