Home Hiburan 5 DEKAD BERTENAGA

5 DEKAD BERTENAGA

268
0

Persembahan sempena ulang tahun ke-55 kumpulan Sons Of Adam (SOA) di Poolside Bistro, Ideas Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini mencipta kenangan tersendiri, sekali gus mengimbas kenangan lalu buat penonton.

Apa tidaknya, rata-rata mereka peminat seusia kumpulan ini serta rakan pengasas Sons Of Adam iaitu Ruzlan Omar yang juga pemain dram. Merekalah nadi penting yang menjadikan malam itu cukup bermakna.

Penonton dibawa mengimbas kenangan lalu menerusi lagu klasik dari Deep Purple, Santana, Uriah Heep dan lagu popular serta lagu ikonik mereka Pak Mat Groovy pada 1972 lagu balada popular mereka, Memori Duka pada 1987. Mereka turut menampilkan single terbaharu berjudul Hey Bro.

Pujian wajar diberi kepada Ruzlan yang juga bekas atlet negara pada era 80-an kerana pada usia 72 tahun, masih gagah memukul drum selain mengemudi Sons Of Adam dengan baik.

Turut bersamanya membawa cabaran dalam industri muzik ialah barisan pemuzik senior berpengalaman seperti Lee Master Blaster (bass), Daud Ardinand (gitar), Ahmad Satiman (keyboard) dan Syahril Salleh (penyanyi).

Persembahan pada malam terbabit turut menggunakan khidmat pemain gitar, Lolen Bonfire sebagai penampilan khas.

Sons Of Adam ditubuhkan pada 1969 sebagai The Gypsies dan menukar nama kepada yang dikenali sekarang selepas tahun 1972. Mereka menjadi ikon dalam scene rock dan blues psychedelic.

Mereka memukau penonton dengan persembahan bertenaga dan bunyi yang ‘raw’. Akar muzik mereka bermula dari era Woodstock dan mereka antara kumpulan ikonik yang boleh dikatakan pernah membuat persembahan di Kem Semangat yang dikenali sebagai Woodstock Malaysia pada 1972 bersama The Falcons, The Strollers dan banyak lagi.

Ruzlan ketika ditemui berkata, 55 tahun sudah berlalu dengan ahli-ahli pun sudah berubah sejak era 70-an sehingga sekarang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang datang menonton. Anggota SOA ada yang datang dan pergi, malah ada yang dah pergi selamanya. Tapi kami masih satu kumpulan, satu jenama.

“Konsep muzik kami rock dan blues Jadi, kami cuba hidupkan muzik 70-an dan mencipta hasil karya yang baharu, tapi dengan tone dan stail 70-an. SOA yang ada sekarang generasi ketiga.

“Kami kini bersedia terima undangan menyanyi dengan adanya single terbaru ini. Kami juga minta kerjasama semua stesen radio, kalau dapat mainkanlah lagu baru kami, Hey Bro,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here