Home Luar Negara 25,000 TINGGALKAN RUMAH AKIBAT KEBAKARAN HUTAN DI KANADA

25,000 TINGGALKAN RUMAH AKIBAT KEBAKARAN HUTAN DI KANADA

95
0

Hampir semua kawasan alberta – yang dalam persiapan mengadakan pilihan raya dan kebanyakan wilayah jiran saskatchewan serta sebahagian besar Northwest Territories menghadapi risiko kebakaran melampau, menurut peta kebakaran kerajaan persekutuan.

“Wilayah kanada – antara wilayah pengeluar minyak terbesar di dunia telah mengalami cuaca panas dan kering yang diperlukan hanyalah beberapa percikan api untuk menyalakan beberapa kebakaran hutan yang benar-benar menakutkan.”

“Keadaan ini mengakibatkan situasi belum pernah berlaku di wilayah kita hari ini.”

Kata perdana menteri Alberta, Danielle Smith pada sidang media.

Smith berkata setakat ini kira-kira 122,000 hektar kawasan hutan terbakar.

Menteri kesiapsiagaan kecemasan persekutuan bill blair menerusi twitter berkata ottawa bersedia untuk memberikan bantuan persekutuan, jika diperlukan.

Pihak pengurusan kemudahan pasir minyak atau tar minyak sentiasa memantau bahaya tetapi tiada yang melaporkan sebarang gangguan pengeluaran.

Lembah drayton dengan 7,000 penduduk, kira-kira 140 kilometer barat edmonton adalah antara komuniti yang dipindahkan ketika anggota bomba memerangi kebakaran di luar kawalan.

Kira-kira 550 kilometer di utara ibu kota wilayah, kebakaran teruk memusnahkan 20 rumah, sebuah kedai dan sebuah balai polis dalam komuniti tasik fox. penduduk dipindahkan dengan bot dan helikopter.

Penduduk bandar edson, yang mempunyai populasi lebih 8,000, juga diarah berpindah segera.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here