Home Buletin Semasa 100 EKOR IKAN DILEPASKAN MERIAHKAN PROGRAM GAGAU IKAN UMPSA ADVANCED 2026

100 EKOR IKAN DILEPASKAN MERIAHKAN PROGRAM GAGAU IKAN UMPSA ADVANCED 2026

10
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Program Gagau Ikan Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) Advanced 2026 berjaya menghimpunkan warga universiti bersama ahli keluarga dalam suasana santai dan penuh keceriaan di kawasan sawah padi Kampung Padang, di sini, kelmarin.

Bagi memeriahkan program itu, penganjur melepaskan 100 ekor ikan pelbagai spesies termasuk patin dan keli untuk ditangkap peserta tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Rata-rata peserta menyifatkan program itu bukan sahaja memberi peluang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja UMPSA Advanced.

Pelbagai gelagat mencuit hati dapat disaksikan apabila peserta dewasa dan kanak-kanak berusaha menangkap ikan di dalam sawah, sekali gus menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.

Peserta wanita turut tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti berkenaan walaupun ada yang mengakui berasa takut dan bimbang mengalami kecederaan.

Bagi kebanyakan peserta, keseronokan menyertai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan lebih bermakna berbanding jumlah hasil tangkapan, malah ada yang menyifatkannya sebagai pengalaman pertama yang sukar dilupakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here