Home Luar Negara 10 MAUT KEMALANGAN BAS DI AUSTRALIA

10 MAUT KEMALANGAN BAS DI AUSTRALIA

126
0

Sydney, AUSTRALIA: Sekurang-kurangnya 10 maut dan 25 lagi cedera selepas bas sewa yang membawa tetamu menghadiri majlis perkahwinan terbalik di wilayah Hunter di New South Wales (NSW), Australia, kata polis pada Isnin .

Kemalangan berlaku sekitar jam 11.30 malam. (1330 GMT) pada Ahad berhampiran bandar Greta, kira-kira 180 kilometer (112 batu) barat laut Sydney, di kawasan yang terkenal dengan ladang anggur dan tempat perkahwinannya.

“Saya difahamkan mereka pergi dan berada di majlis perkahwinan, pemahaman saya mereka pergi bersama-sama… mungkin untuk ke penginapan mereka,” kata Pemangku Penolong Pesuruhjaya Polis NSW Tracy Chapman semasa taklimat media.

Kata Chapman, polis sedang cuba mengenal pasti semua penumpang dan beberapa orang mungkin terperangkap di bawah bas itu.

Pemandu bas itu, seorang lelaki berusia 58 tahun, ditahan dan dijangka akan didakwa atas kemalangan itu.

Kabus tebal terdapat di kawasan itu semasa kemalangan itu berlaku tetapi Chapman berkata punca kemalangan belum dapat ditentukan.

Perdana Menteri Anthony Albanese melahirkan simpati kepada keluarga orang yang terbunuh dan cedera.

Sumber HMetro Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here