Home Buletin Semasa YBR TERUS KOMITED BANTU KEMUDI

YBR TERUS KOMITED BANTU KEMUDI

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat (YBR) Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat berkata YBR berbesar hati untuk terus membantu Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dalam melancarkan program tidak kira dari aspek keusahawanan, teknikal atau kreativiti.

“YBR menyambut baik insiatif yang dijalankan oleh KEMUDI dalam usaha untuk meningkatkan mutu kewartawanan dan penyampaian berita dengan lebih komprehensif dan informatif sesuai dengan revolusi masa kini,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa Kursus Pemantapan Penulisan Berita “Mendepani Cabaran Masa Kini,” di Auditorium Titian Murni, Jabatan Penyiaran Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, program itu terbukti dapat melahirkan wartawan yang bertauliah khususnya di kalangan belia seiring dengan arus permodenan masa kini.

Menurutnya, berita yang disampaikan di media sosial kadang kala perlu diragui kerana orang ramai kini berebut untuk menyebarkan berita tanpa kesahihan.

“Media kewartawanan menghadapi cabaran besar dalam menyampaikan maklumat sahih, ini sudah menjadi trend di kalangan masyarakat dengan berita palsu yang pantas tersebar terutamanya dalam pelbagai platform media sosial.”katanya.

Oleh sebab itu, media merupakan peranan penting untuk menyampaikan berita yang sahih dan tepat kepada masyarakat.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here