Home Luar Negara WARTAWAN HAMPIR JADI MANGSA RAGUT KETIKA SIARAN LANGSUNG

WARTAWAN HAMPIR JADI MANGSA RAGUT KETIKA SIARAN LANGSUNG

RIO DE JANEIRO: Seorang wartawan TV Brazil nyaris menjadi mangsa rompakan beberapa saat sebelum siaran langsung, dengan insiden itu berjaya dirakam kamera di jalan di Brazil, lapor NDTV World.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro Clara Nery, seorang wartawan untuk rangkaian televisyen Brazil, Band Rio sedang bersiap untuk siaran langsung dari sebatang jalan di sini apabila detik cemas itu berlaku minggu lalu, lapor majalah People.

Rakaman video dengan jelas menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal melintasi wartawan itu sebelum cuba meragut telefon bimbit dari tangannya.

Lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian sejurus selepas cubaan itu namun, Nery berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya selepas suspek tercicir telefon berkenaan.

“Memang satu pengalaman yang menakutkan untuk membuat siaran langsung tetapi apa yang penting ialah semuanya berakhir dengan baik!” tulis Nery dalam satu hantaran di Instagram.

Insiden itu berlaku ketika kes kecurian telefon di Rio de Janeiro melonjak sebanyak 27 peratus pada Jun lalu berbanding bulan sama pada 2024, lapor The Nightly memetik Institut Keselamatan Awam Rio de Janeiro.

Data menunjukkan lebih 2,300 telefon dicuri pada Jun 2025, meningkat daripada 1,808 pada tahun sebelumnya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here