Home Luar Negara WANITA RUSIA MAUT DALAM INSIDEN BOT BERLANGGAR BERHAMPIRAN PULAU PHI PHI

WANITA RUSIA MAUT DALAM INSIDEN BOT BERLANGGAR BERHAMPIRAN PULAU PHI PHI

BANGKOK: Seorang wanita Rusia maut dalam perlanggaran antara sebuah bot pelancong dan sebuah bot pukat tunda di luar pesisir Thailand pada Ahad, yang turut mencederakan 21 orang, menurut Konsulat Jeneral Rusia di Phuket kepada RIA Novosti.

Akhbar Thai Rath melaporkan bahawa warga Rusia berusia 18 tahun, Elizaveta Starykh meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Malangnya, kematian wanita Rusia itu disahkan. Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai individu lain yang cedera,” kata Konsul Jeneral Rusia, Egor Ivanov.

Memetik laporan Bernama-Sputnik/RIA Novasti menerusi Harian Metro, pentadbiran wilayah Phuket berkata, perlanggaran itu berlaku berhampiran Pulau Phi Phi kira-kira 9 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Ketika kejadian, terdapat 52 pelancong asing di atas bot pelancong berkenaan, termasuk warga Rusia, serta tiga kru warga Thailand. – Bernama-Sputnik/RIA Novasti, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here