Home Buletin Semasa WANITA BERUSIA 23 TAHUN MAUT DALAM KEMALANGAN DI MACHANG

WANITA BERUSIA 23 TAHUN MAUT DALAM KEMALANGAN DI MACHANG

353
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah Mitsubishi Pajero di Banggol Petai, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Syauqi Afiq Che Darus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian kira-kira empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira dipercayai melanggar sebuah Pajero yang diparkir di bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu, seorang wanita berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki berusia 22 tahun mengalami cedera ringan.

“Mangsa wanita dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota BBP Machang terlibat dalam operasi menyelamat dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.39 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here