Home Buletin Semasa VESEL NELAYAN ASING DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA, CURI HASIL LAUT

VESEL NELAYAN ASING DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA, CURI HASIL LAUT

470
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Sebuah Vesel Nelayan Asing (VNA) Vietnam ditahan selepas menceroboh aktiviti perikanan haram dengan mencuri hasil laut sejauh 94 batu nautika dari muara Tok Bali, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi, berkata penahanan dibuat kira-kira jam 5.09 minit menerusi Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.

“Pada awalnya, vesel terbabit cuba melarikan diri sebaik melihat kapal Maritim Malaysia pada jam 4.49 petang sebelum ditahan kira-kira 20 minit kemudian.

“Dalam operasi itu, seramai tiga kru termasuk tekong ditahan serta turut dirampas 5,000 hasil laut, peralatan navigasi dan komunikasi serta 600 liter bekalan diesel membabitkan nilai RM1 juta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga tahanan adalah nelayan asing Vietnam berusia lingkungan 37 hingga 41 tahun dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala, tekong disiasat mengikut Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana tidak memaklumkan laluan, lokasi dan destinasi vesel dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan negara.

Tambahnya, proses membawa balik vesel ke Jeti Maritim Kelantan mengambil masa 23 jam dan tiba pada jam 3.55 petang Isnin untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti jenayah dan insiden di laut boleh menghubungi talian 999 Malaysia Emergency Response Services (MERS) atau 09-7780070 Pusat Operasi Maritim Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here