Home Sukan VERSTAPPEN SAMAI REKOD SENNA

VERSTAPPEN SAMAI REKOD SENNA

309
0

Montreal, KANADA: Juara dunia, Max Verstappen menyamai rekod Ayrton Senna selepas merakam kemenangan ke-41 dalam perlumbaan Formula Satu di Grand Prix Kanada.

Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu mendahului perlumbaan dari awal dan melintasi garisan penamat 9.570 saat lebih pantas berbanding pemandu Aston Martin, Fernando Alonso, diikuti pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, untuk kemenangan ke-100 pasukannya.

Ia adalah kemenangan kedua Verstappen di Litar Gilles Villeneuve, yang keenamnya dalam perlumbaan tahun ini dan ke-41 keseluruhan.

Juara bertahan dua kali itu, yang juga pendahulu kejuaraan, hanya ketinggalan di belakang juara empat kali, Alain Prost (51 kemenangan), Sebastian Vettel (53), juara tujuh kali Michael Schumacher (91) dan Hamilton (103).

“Sangat menakjubkan dapat meraih kemenangan ke-100 pasukan di sini. Saya tidak menjangkakan pencapaian ini jadi kami hanya perlu menikmatinya dan terus bekerja keras, tetapi ia hari yang hebat buat kami,” kata Verstappen.

Ia adalah kemenangan kelapan Red Bull tahun ini dan ke-10 berturut-turut.

Alonso pula meraih podium keenamnya musim ini selepas kembali berlumba pada usia 41 tahun.

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here