Home Sukan UNITED TOLAK WEST HAM PINJAM MAGUIRE

UNITED TOLAK WEST HAM PINJAM MAGUIRE

156
0

LONDON: Memetik laporan agensi di Berita Harian, angka tersebut, selain gaji besar Maguire dianggap terlalu tinggi oleh West Ham ketika mereka mengintai peluang mendapatkan khidmat seorang pertahanan tengah dan sekurang-kurangnya dua pemain tengah baharu.

Ahad lalu Maguire mengumumkan dia sudah dilucutkan sebagai kapten di Old Trafford oleh Erik Ten Hag, selepas khidmatnya kurang diperlukan pengendali dari Belanda itu musim lalu.

Dilaporkan West Ham berharap dapat mengikat pemain pertahanan itu, selepas declan Rice dijual ke Arsenal dengan harga £105 juta bersamaan 623 juta ringgit Malaysia.

Kini The Hammers terpaksa melupakannya selepas usaha mereka meminjam Maguire ditolak oleh Red Devils.

West Ham, seperti Manchester United dijangka melantik kapten baharu susulan penjualan Rice.

Bercakap mengenai isu kapten selain kaitan dengan Maguire, David Moyes berkata: “ia hanya berlaku (Rice meninggalkan pasukan) beberapa hari lalu, jadi kami ada banyak masa untuk memikirkannya. saya akan memutuskannya.

“Saya fikir kapten amat penting. saya mempunyai beberapa pemain hebat yang menjadi kapten pasukan saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Jadi kami akan mempertimbangkan pilihan yang terbaik tetapi kami masih ada masa sebelum musim bermula.

“Pemain datang dan pergi di semua kelab, bukan hanya kelab kami. saya pernah melaluinya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun pengurus West Ham itu enggan mendedahkan sama ada mereka akan memburu Maguire dan beliau tidak pasti sama ada kelab lain sedar peningkatan bajet West Ham akan menyukarkan sebarang urusan perjanjian.

Sumber: BH Online & Agensi

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here