Home Buletin Semasa UMK PERKASA KEUSAHAWANAN PELAJAR MELALUI KOLABORASI BERSAMA IMEDIKEL

UMK PERKASA KEUSAHAWANAN PELAJAR MELALUI KOLABORASI BERSAMA IMEDIKEL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) komited memperkasa bidang kemahiran inovasi dan keusahawanan pelajar sejajar dengan keperluan industri

Bagi merealisasikan bidang tesebut, UMK menerusi Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) bakal menganjurkan Wellness Entrepreneurial Program 2025 pada 25 Mei ini di Kampus Kota, Kota Bharu.

Koordinator program, Dr Nur Ida Fatihah Che Shalifullizam berkata, program itu diadakan dengan kerjasama IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) bagi memperkukuh kemahiran inovasi dan keusahawanan pelajar sejajar dengan keperluan semasa industri.

“Kolaborasi ini memberi peluang besar kepada pelajar menimba pengalaman terus daripada pemain industri sebenar.

“Kerjasama bersama IMPHB amat bermakna kerana kepakaran mereka dalam sektor pengilangan produk kesihatan dan kecantikan mampu memberi nilai tambah kepada pelajar UMK,”katanya.

Dalam pada itu IMPHB turut dijemput sebagai pembentang dalam program tersebut bagi berkongsi ilmu berkaitan sektor keusahawanan, perniagaan dan industri pembuatan.

Presiden IMPHB, Yusmat Mamat menyambut baik kolaborasi tersebut dan berharap ia membuka ruang kepada pelajar, alumni dan pensyarah yang berminat untuk menjadi usahawan produk menggunakan fasiliti IMPHB sebagai platform pengeluaran mereka.

Katanya wakil syarikat akan menjadi panel penilai bagi produk inovasi pelajar.

Hadir sama Naib Presiden IMPHB, Hasnah Zakaria.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here