Home Sukan TEN HAG MAHU MAN UNITED KEKAL POSITIF

TEN HAG MAHU MAN UNITED KEKAL POSITIF

163
0

LONDON: Erik ten Hag mahu barisan pemain Manchester United mengambil perkara positif daripada kekalahan kepada Manchester City di Perisai Komuniti menjelang aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham awal pagi Sabtu ini.

Skuad bimbingan Ten Hag hampir memulakan musim ini dengan satu lagi trofi, tetapi tewas menerusi penentuan penalti di Wembley selepas jaringan Alejandro Garnacho meletakkan mereka di depan.

Bernardo Silva menyamakan kedudukan lewat permainan untuk skuad bimbingan Pep Guardiola untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

“Kami kecewa. Kami perlu merasai kesakitan dan semua orang merasai kesakitan itu. Itu adalah petanda yang baik, tetapi saya juga melihat beberapa perkara positif.

“Kami bermain dengan baik, kami sepatutnya memenangi perlawanan itu, kami dua kali mendahului dalam permainan dan ketika sepakan penalti.

“Tetapi kami akhirnya kalah dan kecewa. Namun kami ambil segala perkara positif,” katanya.

Red Devils memperkukuh barisan pertahanan mereka dengan menyambar Matthijs de Ligt dan Noussair Mazraoui dari Bayern Munich, tetapi mereka akan kehilangan Luke Shaw yang mengalami kecederaan.

Pertahanan kiri itu disahkan akan terlepas perlawanan awal musim selepas mengalami kecederaan betis semasa latihan pra-musim. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here