Home Buletin Semasa TEMBAKAN KOSONG BOLEH ROSAKKAN BUSUR MEMANAH

TEMBAKAN KOSONG BOLEH ROSAKKAN BUSUR MEMANAH

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Tindakan seseorang individu yang menarik busur kosong tanpa disedari boleh merosakkan busur memanah.

Hal ini disifatkan sebagai tembakan kosong yang menjadi pantang larang dalam sukan memanah.

Seorang pemanah, Fahmi Zulkifli, 30, dari Rantau Panjang berkata, sudut keselamatan adalah adab yang perlu dijaga dan amat penting ketika berada di lapangan memanah.

“Dalam memanah kita pentingkan adab berbanding ilmu terutamanya dari sudut keselamatan.

“Pemanah perlu memastikan jarak kawasan hadapan sejauh 2 meter ke belakang, tiada sebarang haiwan atau individu yang melintas untuk memastikan ianya selamat dan anak panah tepat ke sasaran,”katanya kepada pemberita  ketika ditemui di Kampung Berek 12 di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya perbuatan menarik busur pemanah yang kosong tanpa anak panah adalah aktiviti yang dilarang dan telah sedia maklum oleh pemanah-pemanah di serata dunia.

“Jika tindakan ini diendahkan oleh individu lain, ia boleh merosakkan busur melainkan terdapat anak panah pada busur tersebut.

“Sekiranya individu yang menarik busur kosong itu sekadar ingin mencuba, berkemungkinan dia  perlu membayar ganti rugi kerosakan pada busur itu,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here