Home Buletin Semasa TELAGA BAHARU TAMATKAN KRISIS AIR PENDUDUK KG KUBANG KUAR

TELAGA BAHARU TAMATKAN KRISIS AIR PENDUDUK KG KUBANG KUAR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Krisis bekalan air yang sekian lama membelenggu penduduk di Kampung Kubang Kuar dan kawasan sekitarnya akhirnya diselesaikan menerusi pembinaan sebuah telaga baharu milik Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan  (JSANK) berkapasiti 1.5 juta liter sehari (JLH).

Telaga berkenaan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Selasa bagi tujuan pengagihan bekalan air kepada pengguna di kawasan terlibat.

AKSB dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air daripada telaga itu akan disalurkan ke beberapa kawasan liputan utama termasuk Kampung Bukit Tandak, Kampung Kubang Kuar, Kampung Barul Pial dan Kampung Bendang Ikan.

“Bekalan air daripada telaga tersebut akan disalurkan ke beberapa kawasan liputan utama iaitu Kampung Bukit Tandak, Kampung Kubang Kuar, Kampung Barul Pial dan Kampungg Bendang Ikan,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seramai 320 pengguna menerima manfaat secara langsung hasil pelaksanaan projek berkenaan dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat apabila sistem bekalan air kembali pulih sepenuhnya.

“Inisiatif ini diharap dapat memberikan keselesaan kepada penduduk setempat selain memastikan sistem bekalan air yang lebih stabil dan berterusan kepada pengguna di kawasan Rantau Panjang,” menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here