Home Ulasan Wartawan TARIK USUS KERANA MASALAH MENTAL

TARIK USUS KERANA MASALAH MENTAL

252
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan layar video memaparkan seorang lelaki bertindak menarik usus keluar daripada perutnya di Taman Suria, Johor Bharu.

Ia seperti tiada perasaan sakit ketika mencederakan diri sendiri dengan menikam dan mengelar lehernya menggunakan pisau.

Kejadian itu berlaku pada khamis lalu, jam 10.53 malam dipercayai lelaki itu mempunyai masalah mental dan berada dalam keadaan tidak stabil.

Wartawan Imedikel TV mendapatkan komen dan pendapat daripada orang awam berhubung isu tersebut.

Sakinah Kamel, 24, dari Bachok, berpendapat kurang pengawasan daripada pihak keluarga serta mengalami masalah ekonomi juga mendorong untuk melakukan cubaan bunuh diri.

Sakinah Kamel, 24 Tahun

“Bagi saya, sudah tentu lelaki itu bertindak untuk mencederakan diri atas faktor yang tidak dapat dia terima dalam kehidupannya, dia sanggup mencederakan diri seperti tular dalam video demikian mungkin asbab dari kekecewaan yang dihadapinya dalam masalah yang dihadapi. Tekanan yang dia alami mungkin sudah tidak boleh dikawal sehingga sanggup bertindak begitu. Oleh sebab itu, penting nya didikan agama dari keluarga untuk membawa individu itu kea rah jalan yang betul serta perlu kita meletakkan Allah dalam setiap urusan kita seharian.

“Masalah mental ni salah satu pembunuh dalam diri manusia kerana boleh membawa individu itu bertindak tanpa boleh dikawal oleh itu nasihat saya kepada masyarakat jangan lah ambil remeh tentang kesihatan mental, jika ada dalam kalangan keluarga atau kenalan kita dilihat kemurungan atau symptom lain ia perlu dicegah dan dibawa ke hospital kerana ia mendorong seseorang bertindak luar kawalan dan paling penting sekali adalah sokongan daripada keluarga,”katanya.

Baihaqi Azman, 21, memberi komen sebagai masyarakat tidak boleh terlalu cepat menilai lelaki itu seperti ahli neraka kerana cuba bunuh diri.

Baihaqi Azman, 21 Tahun

“Saya ada tengok di Tiktok, ada yang mengatakan lelaki itu ahli neraka kerana ambil keputusan untuk bunuh diri atau cederakan diri akibat tekanan, kita tak boleh menghukum orang lain kerana kita tidak tahu apa yang dia alami selagi mana kita tidak duduk dalam kasutnya sendiri, masalah yang dia alami mungkin dari segi ekonomi, masalah keluarga atau lain-lain mungkin sangat terbeban bagi nya bahkan dia tidak mendapat penyelesaian ke atas masalahnya,”katanya ketika dihubungi Imedikel TV bagi mengulas isu tersebut.

Zamrina Min, 37, dari Seremban, berpendapat lelaki itu merasakan tekanan yang melampau sehingga sanggup melakukan perbuatan tersebut.

Zamrina Min, 37 Tahun

“Bagi saya masalah apa sekalipun yang datang, tidak akan dapat diselesaikan dengan mencederakan diri sebaliknya menambah masalah apabila hidup dalam keadaan sakit. Dalam hal ini, saya rasa pengawasan dari keluarga itu penting la.

“Didikan agama daripada kecil sangat penting kerana setiap apa yang berlaku jika kurang ilmu di dada kita akan bertindak seperti tidak waras. Dalam pada itu, masalah mental ni memang kita rasa susah nak kawal sebab melibatkan diri seseorang tapi kita sendiri perlu elak untuk melakukan perkara yang boleh mendatangkan tekanan pada kita. Jangan dekatkan diri dengan orang yang toxic sebab bimbang kita tidak dapat mengawal tekanan dalam diri,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here