Home Ulasan Wartawan PERLU KE CCTV DI RUANG SOLAT WANITA?

PERLU KE CCTV DI RUANG SOLAT WANITA?

381
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Kejadian kecurian yang semakin menjadi-jadi memungkinkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk membuat pemantauan aktiviti tidak bermoral seperti itu.

Namun, timbul kegusaran kepada para jemaah wanita apabila CCTV turut dipasang diruang solat wanita.

Siti Aisyah, 36, berkata dia pernah menghadapi situasi berkenaan ketika singgah di masjid.

“Saya pernah terkena, masa tu tengah menyusu anak dan saya tak perasan ada CCTV. Saya saja dok perhati ke atas, rupa-rupanya ada yang memandang.

“Agak tidak munasabah pasang CCTV kat tempat solat wanita. Andai kata nak elak kecurian tabung masjid, elok letak la tabung bahagian lain kalau nak letak CCTV pun,” katanya.

Nur Syazwani berkata jadi kurang selamat jika ada CCTV di ruang solat wanita.

“Jadi tak selamat pula sebab nak buka tudung dalam masjid walaudi ruang solat wanita. Nak betulkan dan kemaskan rambut pun susah kalau ada CCTV.

“Kadang-kadang ada ibu yang menyusu sementara tunggu yang lain selesai solat,” katanya.

Che Siti pula berkata dia sudah beberapa kali ternampak CCTV di ruang solat perempuan.

“Saya sekarang sentiasa perhati sekeliling dulu sebelum buka tudung kalau singgah masjid sebab dah banyak kali ternampak CCTV di ruang solat wanita.

“Saya ni sejenis kalau singgah masjid kadang-kadang buka kain atau seluar dan pakai kain batik. Ada satu kali tu buka tudung lepas tu secara tak sengaja berpaling ke belakang menghadap pintu, tengok ada CCTV,”katanya.

Katanya dia sudah banyak kali ternampak CCTV di ruang solat wanita tetapi berlainan masjid, jadi kena lebih berhati-hati.

Sementara itu, Mohaimin Majid berkata pemasangan CCTV bertujuan untuk mengelak kejadian kecurian di masjid.

“Banyak kes kes kecurian tabung di ruang solat wanita, kat tempat lelaki tak ada.

“Tapi tulah, tak pasang salah, pasang pun salah, tu sebab sekarang ni masjid sediakan bilik persalinan,”katanya.

Katanya, kalau jemaah wanita tidak menggunakan bilik persalinan, tidak boleh salahkan pihak masjid.

“Jadi, tak boleh nk salahkan masjid la kalau gitu. Yang tu atas kemahuan sendiri. Kalau report kat AJK masjid pun akan cakap tempat solat hanya untuk solat bukan tempat salin pakaian dan buat perkara-perkara lain,” katanya.

Jadi, apa kata anda? Perlu ke CCTV di ruang solat wanita?

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here