Home Sukan SWEDEN TIDAK GENTAR, PERCAYA MAMPU GEGAR PERANCIS

SWEDEN TIDAK GENTAR, PERCAYA MAMPU GEGAR PERANCIS

39
0

East Rutherford: Sweden mengakui mereka hadir sebagai pasukan bukan pilihan ketika menentang Perancis pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia di New Jersey, Selasa ini, namun tetap percaya mampu mencipta kejutan.

Memetik laporan Harian Metro, Skuad kendalian Sweden melalui kempen tidak konsisten apabila menamatkan saingan kelayakan di tangga tercorot kumpulan sebelum mara ke Piala Dunia menerusi laluan playoff.

Di pentas Piala Dunia, mereka bermula dengan langkah meyakinkan apabila membelasah Tunisia 5-1, namun kemudian tewas besar 5-1 kepada Belanda sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati hasil keputusan seri 1-1 menentang Jepun.

Keputusan itu cukup untuk membawa Sweden mara sebagai salah satu pasukan tempat ketiga terbaik.

Penolong jurulatih, Sebastian Larsson berkata mereka sedar cabaran besar menanti apabila perlu berdepan Perancis yang dibarisi bintang bintang utama dunia.

“Saya tidak perlu bercakap banyak mengenai Perancis. Mereka mempunyai beberapa pemain yang sangat berkualiti.

“Kami sedar cabaran yang menanti, tetapi kami amat teruja untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.

Larsson bukan nama asing dalam skuad Sweden apabila pernah menjaringkan gol ketika membantu pasukan itu menewaskan Perancis 2-0 pada Euro 2012, selain mencatat 133 penampilan antarabangsa.

Beliau kini kekal dalam struktur kejurulatihan selepas melalui perubahan pengurusan pasukan termasuk pemecatan Jon Dahl Tomasson pada Oktober tahun lalu serta pelantikan Graham Potter yang membawa Sweden layak ke Piala Dunia melalui playoff.

Larsson turut menegaskan Sweden pernah mencipta kejutan menentang pasukan lebih besar sebelum ini dan mahu sejarah itu dijadikan sumber keyakinan.

“Jika melihat kembali, kami pernah menyingkirkan pasukan yang lebih besar sebelum ini, walaupun kali ini lawannya ialah Perancis. Itu memberi saya keyakinan, begitu juga kepada pemain.

“Saya harap mereka tidak gembira bertemu kami. Tetapi jika mereka begitu, itu hak mereka. Kami tetap perlu beraksi pada tahap terbaik kerana itulah yang diperlukan dalam perlawanan seperti ini,” katanya.

Sweden dijangka berdepan ujian getir untuk mengekang jentera serangan Perancis yang diketuai Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele yang berada pada prestasi cemerlang.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here