Home Sukan PENYOKONG BRAZIL SANGGUP ‘KEPANASAN’ DEMI PASUKAN

PENYOKONG BRAZIL SANGGUP ‘KEPANASAN’ DEMI PASUKAN

35
0

Houston: Cuaca panas terik tidak menjadi penghalang kepada ratusan penyokong Brazil yang sanggup berdiri berjam jam di bawah matahari untuk menyambut ketibaan pasukan kegemaran mereka menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Jepun.

Memetik laporan Harian Metro, Skuad lima kali juara dunia itu dijadualkan berdepan Jepun pada Isnin di Houston Stadium, sekali gus memberi peluang kepada penyokong dari Brazil dan komuniti diaspora untuk melihat bintang kesayangan mereka secara dekat.

Walaupun terpaksa menunggu lama di bawah suhu mencecah sekitar 34 darjah Celsius, semangat penyokong tetap tidak luntur dengan suasana gamat dipenuhi sorakan, paluan gendang dan nyanyian.

Seorang penyokong, Valeria De Oliveira, 58, yang sudah menetap di Houston selama sedekad berkata peluang itu amat bermakna buat dirinya.

“Saya tinggal di sini di Houston, sudah 10 tahun, tetapi saya sentiasa pulang ke Brazil. Ini peluang gembira untuk melihat rakan rakan Brazil dan pasukan Brazil di Piala Dunia, ia sangat bagus,” katanya.

Ramai penyokong turut membawa jersi dan topi Brazil untuk ditandatangani pemain, sementara mereka menunggu ketibaan bas pasukan di hotel di pusat bandar Houston.

Apabila bas akhirnya tiba, suasana menjadi lebih meriah apabila penyokong melaungkan nama pemain kegemaran mereka ketika bintang utama seperti Neymar, Vinicius Jr dan penjaga gol Alisson Becker turun untuk melayan peminat.

“Neymar adalah idola saya sejak kecil. Saya mula jatuh cinta dengan bola sepak pada 2014 ketika melihatnya di Piala Dunia,” kata Gabriel Campos, 19, pelajar universiti di Dallas.

Walaupun terdapat kelewatan ketibaan bas dari lapangan terbang, ia tidak sedikit pun menjejaskan semangat penyokong yang terus setia menunggu sambil mencari tempat berteduh.

Seorang lagi penyokong, Cristiano Cardoso, hadir bersama anak anaknya bagi memberi peluang mereka melihat sendiri pemain Brazil dari jarak dekat.

“Saya rasa Brazil bermula agak perlahan, tetapi mereka semakin meningkat dan saya yakin kami boleh menewaskan Jepun pada Isnin,” katanya. -HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here