Home Buletin Semasa SINDIKET PENIPUAN “PHONE SCAM” PALING BANYAK BERLAKU DI KELANTAN

SINDIKET PENIPUAN “PHONE SCAM” PALING BANYAK BERLAKU DI KELANTAN

166
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Kes penipuan ahli sindiket menerusi ‘phone scam’ paling banyak berlaku di Kelantan yang mendakwa dirinya sebagai agensi kerajaan atau sebagainya.

Inspektor Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Nor Fazila Baharom, berkata scammer yang membuat panggilan telefon kepada mangsa kebiasannya akan menyambung panggilan kepada pegawai bertugas yang mana daripada ahli sindiket sama untuk memperdaya mangsa.

“Daripada situ polis akan minta maklumat akaun bank dan 16digit akaun bank yang tertera pada kad bank.

“Seterusnya scammer itu sendiri akan mencipta perbankan atas talian pada akaun itu sekiranya belum ada, daripada situ wang dalam akaun akan hilang ke akaun mereka,” katanya ketika ditemui selepas berkongsi maklumat tentang scammer pada Karnival Kita MADANI, di Dataran Kesedar, di sini, pada Jumaat.

Nor Fazila menjelaskan bahawa mangsa sindiket penipuan diminta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan pantas di talian 997 untuk menyekat pindahan wang kepada scammer.

Katanya, bagi menghalang panggilan scammer di talian, orang ramai boleh memuat turun aplikasi ‘true caller’ kerana ia dapat mengenal pasti semua panggilan masuk dari seluruh dunia.

“Menerusi aplikasi true caller, sekiranya panggilan yang diterima tertera kad hubungan berwarna merah maka itu adalah panggilan spam atau daripada sindiket penipuan yang telah dikenal pasti,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here