Seremban, NEGERI SEMBILAN: Seorang pemandu treler membawa kereta cedera parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan di Kilometer 263.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan antara Seremban dan Port Dickson pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 10.15 pagi, mangsa berusia 49 tahun cedera parah di kepala dan kini dirawat di zon merah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler terbabit hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya.
“Pelanggaran terbabit menyebabkan mangsa tercampak keluar dari treler manakala tiga kereta yang dibawa turut tercampak ke jalan,” katanya.
Pada jam 11.22 pagi tadi menerusi Twitter berkata lorong tengah lebuh raya ditutup akibat kemalangan itu menyebabkan trafik sesak lapan kilometer ke arah selatan dan perlahan empat kilometer ke arah utara.
Sumber: BH Online
Imedikel TV






