Home Sukan SELEPAS GAGAL BELI UNITED,SHEIKH JASSIM SASAR TOTTENHAM

SELEPAS GAGAL BELI UNITED,SHEIKH JASSIM SASAR TOTTENHAM

153
0

MANCHESTER: Sheikh Jassim dilaporkan mungkin melancarkan bidaan untuk membeli Tottenham selepas menarik diri daripada mengambil alih Manchester United.

Jutawan dari Qatar itu sudah menawarkan RM28 bilion untuk membeli United – namun dia menarik diri selepas rundingan menemui jalan buntu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pesaingnya, Sir Jim Ratcliffe bakal membeli 25 peratus pegangan dalam pasukan pada harga sekitar RM8.1 bilion.

The Mirror melaporkan Sheikh Jassim akan mengalihkan tumpuan kepada Spurs.

The Lilywhites menarik minat Qatar Sport Investment (QSI) yang dimiliki pemilik Paris Saint-Germain (PSG).

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dipercayai memainkan peranan dalam usaha Jassim membida United dan mereka akan bergandingan sekali lagi untuk berbincang mengenai pengambilalihan Tottenham.

QSI sudah lama berminat dengan Spurs dan Sheikh Jassim juga merancang untuk menjadikan Spurs sebagai pasukan alternatif jika gagal mendapatkan United.

Namun tidak pasti sama ada pemilik Spurs iaitu Daniel Levy dan Joe Lewis berminat untuk menerima sebarang tawaran. -AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here